Saturday, 19 April 2014

:: Set Kulit Cantik untuk Kulit Cerah dan Mulus di Hari Raya ::

Set Kulit Cantik yang terlaris dan terhangat di kedai My Vita Shop!
Gabungan Vita C, Vita E dan B Complex mmg mantop!
Lagi-lagi kalau kita top up dengan ESP, pasti kulit lebih lembut, moist, gebu, cerah dan tak berminyak..

Jom tengok kebaikan setiap vitamin dalam set kulit cantik ni..



Kebaikan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Kebaikan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Kebaikan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Jom cuba sekarang sebelum terlambat! Lagi 3 bulan nak raya ni! :)

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Friday, 18 April 2014

:: Anda alah kepada susu lembu? ::

Memang ada sesetangah orang yang alah kepada susu lembu atau apa jua produk tenusu. Bahkan, ada juga yang mempunyai alahan kepada beberapa jenis makanan lain seperti kekacang, telur dan juga seafood. Kat sini saya nak sharekan dengan anda satu artikel yang sangat berguna dan boleh dijadikan panduan untuk anda..

Sumber : Dewan Kosmik, September 2004
Oleh : Sulastri Samsudin



MALAYSIA merupakan negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanannya. Namun begitu, ada antara kita yang tidak dapat menikmati sepenuhnya keenakan makanan yang ada. Mengapa? Salah satu sebabnya mungkin disebabkan mereka mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.

Kajian menunjukkan hampir 25% individu mengatakan mereka mengalami alahan pada makanan. Namun begitu, hanya 2.5% sahaja orang dewasa dan lebih kurang enam hingga lapan peratus kanak-kanak yang kebanyakannya berumur kurang enam tahun sahaja yang benar-benar  mengalaminya.   Selebihnya, hanya mengalami ketidakserasian makanan bermaksud tindak balas terhadap makanan yang tidak dikehendaki  tetapi tidak melibatkan sistem imun.

Alahan berlaku apabila sistem imun badan kita bertindak balas terhadap pro­tein tertentu dalam sesuatu makanan. Bagi seseorang yang mengalami alahan pada

makanan, pengambilan yang sedikit sekalipun dapat menyebabkan gejala seperti pembengkakan di bahagian mulut dan tekak, kesukaran bernafas, nafas berbunyi (seperti pesakit asma) atau penurunan tekanan darah secara mendadak yang dikenal sebagai kejutan anafilaksis. Malahan, kesan daripada tindak balas ini kadangkala boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera. 

Ramai yang keliru sama ada mereka mengalami alahan makanan atau ketidaksera­sian makanan. Ini disebabkan kedua-duanya menunjukkan gejala yang hampir serupa. Tetapi ketidakserasian makanan biasanya hanya memberi kesan ringan sahaja seperti rasa tidak selesa pada perut. 

Contoh yang paling biasa dalam kes ketidakserasian makanan ialah tidak toleran laktosa iaitu suatu keadaan ketiadaan enzim tertentu yang diperlukan untuk menghadamkan protein susu. Seseorang itu akan menga­lami kecairan pada najis, kembung perut dan mual selepas mengambil produk tenusu seperti susu atau keju. 

PUNCA

Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindak balas terhadap makanan tertentu sahaja.

Sistem imun badan kita akan memberi tindak balas berlebihan terhadap protein makanan yang disebut sebagai alergen. Sejenis antibodi yang dipanggil imunoglobulin E atau IgE juga terlibat. Apabila antibodi ini bertemu dengan aler­gen tertentu di dalam makanan, la akan menyebabkan pelepasan bahan kimia tertentu yang akan bertindak di pelbagai bahagian badan terutamanya di bahagian kulit, tekak, saluran pernafasan, usus besar dan jantung sehingga menyebabkan gejala yang tidak diingini.

Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah:

  • Telur
  • Susu
  • Gandum
  • Kekacang (khususnya kacang tanah)
  • Ikan, udang dan makanan laut lain
Seseorang yang mempunyai sejarah ala­han lain seperti ekzema atau asma merupakan individu yang mudah mengalami tindak balas dan biasanya akan membabitkan reaksi lebih serius. Tetapi tidak semua alahan disebabkan oleh IgE, ada juga yang membabitkan mekanisme bukan IgE.

Biasanya, individu yang alah pada salah satu daripada makanan penyebab alahan ini juga akan mendapat alahan kepada makanan yang hampir sama dengannya. Mekanisme ini dipanggil alahan silang makanan. Contohnya:

  • Seseorang yang alah pada kacang hijau tidak mustahil akan mendapat alahan kepada kacang soya dan pis.
  • Sesiapa yang alah pada gandum pula mungkin akan alah pada bijirin rai.
  • Jika alah pada susu lembu, ada kemungkinan akan alah pada susu kambing juga.
  • Ada juga individu yang alah pada debunga, mungkin akan mengalami alahan silang pada makanan seperti kacang hazel, epal hijau, pie dan badam.
TANDA DAN GEJALA

Anda mungkin akan mengalami gejala alahan sejurus selepas mengambil makanan tersebut, diikuti dengan rasa kelegaan buat seketika tetapi akan berlaku gejala ulangan dalam tempoh tiga hingga empat jam berikutnya.

Gejala alahan yang biasa dilihat ialah:

  • Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.
  • Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.
  • Kejang perut.
  • Mual
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Gatal dan mata berair
  • Hidung berair dan tersumbat
Malahan gejala yang lebih serius yang mungkin berlaku ialah:
  • Kesukaran bernafas
  • Ketat dada
  • Rasa tercekik pada tekak
  • Pening
Kesemua tanda ini menunjukkan reaksi alahan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Tidak balas yang teruk ini dinamakan sebagai kejutan anafilaksis. Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan kacang, ikan dan makanan laut lain, walaupun alahan sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan. Mereka yang mempunyai sejarah penyakit asma, alahan semasa kanak-kanak, sejarah alahan makanan yang teruk merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat kejutan anafilaksis.
  • Tindak balas anfilaksis boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Kebanyakan orang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan tersebut.
RAWATAN

Sekiranya anda mengalami gejala akibat alahan makanan, segera hubungi doktor anda untuk mengetahui tentang rawatan sewajarnya. Untuk gejala yang ringan seperti gatal-gatal dan ruam pada kulit, rawatan biasa diberikan ialah ubat antihistamina seperti klorfeniramina contohnya PIRITON® dan difenhidramina contohnya BENADRYL®.

Tetapi sekiranya anda mengalami kesukaran bernafas, ketat dada, pening atau lain-lain gejala yang semakin teruk, rawatan yang lebih intensif perlu diberikan. Ini termasuklah penggunaan oksigen, adrenalina, steroid dan ubat-ubatan lain untuk membuka laluan udara dan melegakan gejala tersebut. Tindak balas anafilaksis mungkin mengancam nyawa. Kadangkala rawatan yang agresif dan lebih lama di hospital mungkin diperlukan.

PENCEGAHAN 

Kaedah yang paling selamat untuk mencegah alahan daripada berlaku ialah mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan. Berhati-hati kerana alergen mungkin hadir dalam kebanyakan bahan dalam makanan harian kita. Oleh itu, ia boleh menjadi punca kepada kejadian alahan yang tidak dijangka. Berikut ialah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan alahan makanan bagi individu yang pernah mengalaminya:

  • Sentiasa membaca kandungan yang terdapat dalam makanan pada label.
  • Apabila makan di luar, pastikan anda bertanya bahan digunakan dalam sajian yang hendak anda pesan.
  • Berunding dengan pakar pemakanan untuk merancang menu yang selamat kepada anda.
  • Dapatkan maklumat daripada pertubuhan seperti Food Allergy & Anaphylaxis Network yang berurusan dengan isu khusus seperti alahan makanan di www.foodallergy.org.
  • Dapatkan buku resipi khas untuk menu bebas alahan.
  • Rawatan pencegahan seperti imunote-rapi dan beberapa lagi terapi baru yang menyerang molekul IgE dalam badan masih di peringkat penyelidikan dan belum lagi disahkan dapat mencegah tindak balas alahan.
Justeru, sebagai individu atau penjaga kanak-kanak yang mempunyai masalah alahan makanan, anda haruslah bertanggungjawab untuk memilih makanan dengan berhati-hati agar kejadian alahan dapat dielakkan. Oleh itu, pendidikan, pertimbangan dan bantuan sewajarnya daripada doktor, pakar pemakanan, penyedia dan pengeluar makanan amat diperlukan. Kualiti hidup seseorang yang mengalami alahan serius mungkin dapat ditingkatkan jika sokongan seumpama ini dapat diberikan secara konsisten daripada semua pihak terbabit. 

==========================================

So bagi anda yang mempunyai alahan kepada sesetengah jenis makanan, dan anda risau akan kekurangan nutrien atau khasiat yang akan anda hadapi, jangan risau atau runsing. Produk Shaklee mempunyai rangkaian produk yang banyak, dan cukup untuk menampung khasiat / nutrient yang anda tidak dapat peroleh daripada makanan yang anda tidak boleh makan. 

Contact saya sekarang untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma! 


****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, 17 April 2014

:: Berita dari Utusan Online - Jom mulakan langkah anda sekarang! ::

Salam semua..
Nak share kan berita dari utusan online berkenaan Shaklee..
Bagi sesiapa yang masih ragu2, boleh contact saya untuk pencerahan.
Jom mulakan langkah anda sekarang! 


PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.

Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.
"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.

"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.

"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.

"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.
Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.

Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.

Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.
Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_21/Shaklee-tawar-peluang-pendapatan-lumayan#ixzz2z0dodJDD
© Utusan Melayu (M) Bhd 


So, apa tunggu lagi?
Jom daftar keahlian anda sekarang, untuk dapatkan penjimatan harga ahli, disamping dapat menjana pendapatan..
Nak buat fulltime boleh, nak jadikan sebagai part time business boleh, nak jd ahli utk makan sendiri pun boleh..xde hal..

SMS/Whatsapp "SHAKLEE MEMBERSHIP" dan hantar ke 019 2992844 sekarang!

Wednesday, 16 April 2014

:: Masalah sembelit oleh ibu hamil / berpantang / menyusukan bayi ::

Salam semua..
Masalah yang seringkali menjadi rungutan ibu-ibu hamil / ibu yg berpantang atau ibu yang menyusukan adalah masalah sembelit. Golongan ini tidak boleh mengambil sebarang bentuk ubat bagi mengelakkan effect kepada bayi yang dikandung atau bayi yang disusukan.




Disebabkan x boleh nak ambil Herblax (kondisi ibu yg hamil/berpantang/bf baby) so apakata cuba ambil Ostematrix untuk bantu atasi masalah sembelit..InsyaAllah membantu, malah ianya turut akan membantu atasi masalah sakit2 badan, lenguh2 serta masalah tak cukup tidur!

Apa kata cuba dulu..kata orang..xkenal maka x cinta 




Hubungi saya untuk keterangan lanjut, beserta harga .

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Sunday, 13 April 2014

:: PROMOSI APRIL 2014 : OSTEMATRIX ::

Salam semua..
Anda selalu tak diserang sakit-sakit badan, lenguh-lenguh, tak lelap tidur malam, gusi berdarah, sembelit..mesti tak selesa kan? selalu saya dengar rungutan daripada customer tentang masalah - masalah yang saya sebutkan ni, terutama bagi golongan ibu mengandung dan juga warga tua. Memamg diakui, wanita mengandung perlukan lebih banyak kalsium berbanding mereka yang tidak mengandung, kerana ibu-ibu mengandung akan mengalami kekurangan kalsium dalam badan akibat diserap oleh bayi didalam kandungan. Kalsium dari badan ibu diperlukan bagi pembentukan tulang dan gigi bayi yang anda kandung. Pada masa yang sama, badan anda juga perlukan kalsium untuk mengelakkan dari sakit badan, lenguh2 dan juga ketidakselesaan yang anda hadapi sewaktu mengandung!

Bagi warga tua, bahkan warga muda sekali pun, anda juga akan mengalami simptom-simptom diatas akibat daripada kekurangan kalsium, terutama bagi mereka yang kurang minum susu. Akibatnya, anda akan mengalami masalah tulang rapuh dan tidak sihat.

Sempena bulan promosi Ostematrix, apakata anda dapatkan, anda cuba dan rasai sendiri kebaikan yg akan anda akan alami selepas pengambilan ostematrix. Ianya pasti berbaloi, dan saya jamin, anda akan menyukainya.


Kebaikan Ostematrix

1. Menguatkan tulang
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas
3. Mengandungi vitamin D
4. Mengandungi Zinc, Boron, Manganes, Kuprum
5. Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik
6. Pengakalian tubuh
7. Memperbaiki masalah haid
8. Meringankan stress

Apa yang bestnya Ostematrix Shaklee ni?
  • Kandungan kalsiumnya paling premium dan kadar penyerapannya adalah 99% 
  • 100% semulajadi
  • Penuh dengan garam mineral semulajadi dari Laut Mati
  • Bukan sekadar mengandungi kalsium, malah Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium, fosforus, Vitamin D, Zink, Kuprum,
  • Manganes dan Boron.
  • Kesemua mineral ini membantu pembinaan jisim tulang
  • Terbukti secara ujian klinikal dan penyelidikan




Perbezaan Ostematrix  Shaklee berbanding Pil Kalsium lain :

  1. Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. 
  2. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Jadi bersempena promosi bulan April ini, dapatkan 7 botol Ostematrix dengan pembelian 6 botol, percuma 1 botol

Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut, beserta harga .

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : myvitashoppe@gmail.com
* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...