Friday 6 June 2014

:: Kelebihan dan Kebaikan Vitamin untuk lelaki dan wanita ::

Ramai yang menggelarkan Vita E Shaklee dengan gelaran vitamin cantik..sbb kandungan anti oksidannya yang tinggi, yang sememangnya diakui boleh mencantikkan kulit. tapi..anda tahu tak, sebenarnya banyak lagi fungsi vita e shaklee ni untuk lelaki dan wanita..jom kita tgk kelebihan yang ada pada vita e shaklee ni :

Kelebihan VITAMIN E :

 -Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh  radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru2 dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu.



****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Thursday 5 June 2014

:: Turunkan berat badan di bulan puasa ::

Jom kita turunkan berat badan dengan cara sihat!
Mesti ramai yang dah ada plan nak turunkan berat badan masa bulan puasa nnt kan?
mengikut pengalaman, ada yang berjaya..alhamdulillah..tapi ada juga yang tak menahan tgk lauk pauk kuih muih sedap2 time bulan puasa kan?
haa..kat sini sy nak bg cadangan, untuk siapa2 yang nak turunkan berat badan, kita cuba top up dengan Cinch Mix Shake di bulan puasa ni..sy cadangkan, kita ambil sewaktu berbuka, so that kita akan cepat rasa kenyang dan kurang pengambilan makanan berat..
selain tu, cinch mix shake ni juga ada fungsi untuk memberi tenaga dan membina otot semasa berdiet..so xdela kita lembik je time puasa kan? jom tengok apa kandungan cinch mix shake ni..



Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
• Bebas Laktos
• Rendah glisemik
• Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
• Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
anda menurunkan berat badan
• Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
dan puas
• Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday 4 June 2014

:: PROMOSI JUN 2014 - VITA E COMPLEX ::

Promosi Vitamin Cantik, atau Vitamin E Shaklee!
Jom rebut peluang ini, untuk mendapatkan percuma 1 botol, dengan pembelian 6 botol Vita E.
Ianya bukan sahaja untuk kecantikan, malah untuk keintiman, kesihatan jantung, kesihatan lelaki, kesuburan, dan mcm2 lagi..yang paling glemer, vitamin e complex shaklee sering dikaitkan dengan penghapus parut jerawat!



So bagi sesiapa yang nak nampak glowing di hari raya nnt, boleh mulakan dari sekarang..insyaAllah, ianya tak menghampakan!

Harga retail 1 botol : RM 149 (tahan sehingga 4 bulan)

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Monday 5 May 2014

:: PROMOSI MEI 2014 : MEAL SHAKES - FRENCH VANILLA ::

Salam semua..
Bulan ni promosi Meal Shakes..bagi sesiapa yang mmg selalu beri anak2 minum mealshakes ni mesti happy kan? sebab boleh jimat banyak :) Bagi sesiapa yang masih x berapa sure apakah kebaikan yang ada dalam MealShakes Shaklee ni, jom baca info ni :

Harga Retail : RM 113.75
Harga Promosi Beli 6 percuma 1 : RM682.50


 Fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan. 


2. Pembekal Nutrien 
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. 


3.Terbaik Untuk Tumbesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. 


4. Sebagai Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan. 


5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus. 


6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit. 
 



Antara kebaikan lain Mealshake ini ialah : 

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak 
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 

Best kan Meal Shakes ni..dah la rasa vanilla yang sangat sedap! buka je canister, terus semerbak bau vanilla..wangi je..sampaikan ramai customer saya yang asalnya beli Meal Shakes untuk anak, tak pasal2 ibu nya turut terjebak sama2 minum sebab sedap sangat..hehehehe..

Untuk resepi Meal Shakes, boleh pergi ke link ni ya..  
http://myvitashop.blogspot.com/2014/02/resepi-meal-shakes-untuk-si-manja-anda.html

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Saturday 19 April 2014

:: Set Kulit Cantik untuk Kulit Cerah dan Mulus di Hari Raya ::

Set Kulit Cantik yang terlaris dan terhangat di kedai My Vita Shop!
Gabungan Vita C, Vita E dan B Complex mmg mantop!
Lagi-lagi kalau kita top up dengan ESP, pasti kulit lebih lembut, moist, gebu, cerah dan tak berminyak..

Jom tengok kebaikan setiap vitamin dalam set kulit cantik ni..



Kebaikan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Kebaikan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Kebaikan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Jom cuba sekarang sebelum terlambat! Lagi 3 bulan nak raya ni! :)

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Friday 18 April 2014

:: Anda alah kepada susu lembu? ::

Memang ada sesetangah orang yang alah kepada susu lembu atau apa jua produk tenusu. Bahkan, ada juga yang mempunyai alahan kepada beberapa jenis makanan lain seperti kekacang, telur dan juga seafood. Kat sini saya nak sharekan dengan anda satu artikel yang sangat berguna dan boleh dijadikan panduan untuk anda..

Sumber : Dewan Kosmik, September 2004
Oleh : Sulastri Samsudin



MALAYSIA merupakan negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanannya. Namun begitu, ada antara kita yang tidak dapat menikmati sepenuhnya keenakan makanan yang ada. Mengapa? Salah satu sebabnya mungkin disebabkan mereka mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.

Kajian menunjukkan hampir 25% individu mengatakan mereka mengalami alahan pada makanan. Namun begitu, hanya 2.5% sahaja orang dewasa dan lebih kurang enam hingga lapan peratus kanak-kanak yang kebanyakannya berumur kurang enam tahun sahaja yang benar-benar  mengalaminya.   Selebihnya, hanya mengalami ketidakserasian makanan bermaksud tindak balas terhadap makanan yang tidak dikehendaki  tetapi tidak melibatkan sistem imun.

Alahan berlaku apabila sistem imun badan kita bertindak balas terhadap pro­tein tertentu dalam sesuatu makanan. Bagi seseorang yang mengalami alahan pada

makanan, pengambilan yang sedikit sekalipun dapat menyebabkan gejala seperti pembengkakan di bahagian mulut dan tekak, kesukaran bernafas, nafas berbunyi (seperti pesakit asma) atau penurunan tekanan darah secara mendadak yang dikenal sebagai kejutan anafilaksis. Malahan, kesan daripada tindak balas ini kadangkala boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera. 

Ramai yang keliru sama ada mereka mengalami alahan makanan atau ketidaksera­sian makanan. Ini disebabkan kedua-duanya menunjukkan gejala yang hampir serupa. Tetapi ketidakserasian makanan biasanya hanya memberi kesan ringan sahaja seperti rasa tidak selesa pada perut. 

Contoh yang paling biasa dalam kes ketidakserasian makanan ialah tidak toleran laktosa iaitu suatu keadaan ketiadaan enzim tertentu yang diperlukan untuk menghadamkan protein susu. Seseorang itu akan menga­lami kecairan pada najis, kembung perut dan mual selepas mengambil produk tenusu seperti susu atau keju. 

PUNCA

Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindak balas terhadap makanan tertentu sahaja.

Sistem imun badan kita akan memberi tindak balas berlebihan terhadap protein makanan yang disebut sebagai alergen. Sejenis antibodi yang dipanggil imunoglobulin E atau IgE juga terlibat. Apabila antibodi ini bertemu dengan aler­gen tertentu di dalam makanan, la akan menyebabkan pelepasan bahan kimia tertentu yang akan bertindak di pelbagai bahagian badan terutamanya di bahagian kulit, tekak, saluran pernafasan, usus besar dan jantung sehingga menyebabkan gejala yang tidak diingini.

Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah:

  • Telur
  • Susu
  • Gandum
  • Kekacang (khususnya kacang tanah)
  • Ikan, udang dan makanan laut lain
Seseorang yang mempunyai sejarah ala­han lain seperti ekzema atau asma merupakan individu yang mudah mengalami tindak balas dan biasanya akan membabitkan reaksi lebih serius. Tetapi tidak semua alahan disebabkan oleh IgE, ada juga yang membabitkan mekanisme bukan IgE.

Biasanya, individu yang alah pada salah satu daripada makanan penyebab alahan ini juga akan mendapat alahan kepada makanan yang hampir sama dengannya. Mekanisme ini dipanggil alahan silang makanan. Contohnya:

  • Seseorang yang alah pada kacang hijau tidak mustahil akan mendapat alahan kepada kacang soya dan pis.
  • Sesiapa yang alah pada gandum pula mungkin akan alah pada bijirin rai.
  • Jika alah pada susu lembu, ada kemungkinan akan alah pada susu kambing juga.
  • Ada juga individu yang alah pada debunga, mungkin akan mengalami alahan silang pada makanan seperti kacang hazel, epal hijau, pie dan badam.
TANDA DAN GEJALA

Anda mungkin akan mengalami gejala alahan sejurus selepas mengambil makanan tersebut, diikuti dengan rasa kelegaan buat seketika tetapi akan berlaku gejala ulangan dalam tempoh tiga hingga empat jam berikutnya.

Gejala alahan yang biasa dilihat ialah:

  • Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.
  • Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.
  • Kejang perut.
  • Mual
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Gatal dan mata berair
  • Hidung berair dan tersumbat
Malahan gejala yang lebih serius yang mungkin berlaku ialah:
  • Kesukaran bernafas
  • Ketat dada
  • Rasa tercekik pada tekak
  • Pening
Kesemua tanda ini menunjukkan reaksi alahan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Tidak balas yang teruk ini dinamakan sebagai kejutan anafilaksis. Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan kacang, ikan dan makanan laut lain, walaupun alahan sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan. Mereka yang mempunyai sejarah penyakit asma, alahan semasa kanak-kanak, sejarah alahan makanan yang teruk merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat kejutan anafilaksis.
  • Tindak balas anfilaksis boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Kebanyakan orang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan tersebut.
RAWATAN

Sekiranya anda mengalami gejala akibat alahan makanan, segera hubungi doktor anda untuk mengetahui tentang rawatan sewajarnya. Untuk gejala yang ringan seperti gatal-gatal dan ruam pada kulit, rawatan biasa diberikan ialah ubat antihistamina seperti klorfeniramina contohnya PIRITON® dan difenhidramina contohnya BENADRYL®.

Tetapi sekiranya anda mengalami kesukaran bernafas, ketat dada, pening atau lain-lain gejala yang semakin teruk, rawatan yang lebih intensif perlu diberikan. Ini termasuklah penggunaan oksigen, adrenalina, steroid dan ubat-ubatan lain untuk membuka laluan udara dan melegakan gejala tersebut. Tindak balas anafilaksis mungkin mengancam nyawa. Kadangkala rawatan yang agresif dan lebih lama di hospital mungkin diperlukan.

PENCEGAHAN 

Kaedah yang paling selamat untuk mencegah alahan daripada berlaku ialah mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan. Berhati-hati kerana alergen mungkin hadir dalam kebanyakan bahan dalam makanan harian kita. Oleh itu, ia boleh menjadi punca kepada kejadian alahan yang tidak dijangka. Berikut ialah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan alahan makanan bagi individu yang pernah mengalaminya:

  • Sentiasa membaca kandungan yang terdapat dalam makanan pada label.
  • Apabila makan di luar, pastikan anda bertanya bahan digunakan dalam sajian yang hendak anda pesan.
  • Berunding dengan pakar pemakanan untuk merancang menu yang selamat kepada anda.
  • Dapatkan maklumat daripada pertubuhan seperti Food Allergy & Anaphylaxis Network yang berurusan dengan isu khusus seperti alahan makanan di www.foodallergy.org.
  • Dapatkan buku resipi khas untuk menu bebas alahan.
  • Rawatan pencegahan seperti imunote-rapi dan beberapa lagi terapi baru yang menyerang molekul IgE dalam badan masih di peringkat penyelidikan dan belum lagi disahkan dapat mencegah tindak balas alahan.
Justeru, sebagai individu atau penjaga kanak-kanak yang mempunyai masalah alahan makanan, anda haruslah bertanggungjawab untuk memilih makanan dengan berhati-hati agar kejadian alahan dapat dielakkan. Oleh itu, pendidikan, pertimbangan dan bantuan sewajarnya daripada doktor, pakar pemakanan, penyedia dan pengeluar makanan amat diperlukan. Kualiti hidup seseorang yang mengalami alahan serius mungkin dapat ditingkatkan jika sokongan seumpama ini dapat diberikan secara konsisten daripada semua pihak terbabit. 

==========================================

So bagi anda yang mempunyai alahan kepada sesetengah jenis makanan, dan anda risau akan kekurangan nutrien atau khasiat yang akan anda hadapi, jangan risau atau runsing. Produk Shaklee mempunyai rangkaian produk yang banyak, dan cukup untuk menampung khasiat / nutrient yang anda tidak dapat peroleh daripada makanan yang anda tidak boleh makan. 

Contact saya sekarang untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma! 


****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Thursday 17 April 2014

:: Berita dari Utusan Online - Jom mulakan langkah anda sekarang! ::

Salam semua..
Nak share kan berita dari utusan online berkenaan Shaklee..
Bagi sesiapa yang masih ragu2, boleh contact saya untuk pencerahan.
Jom mulakan langkah anda sekarang! 


PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.

Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.
"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.

"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.

"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.

"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.
Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.

Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.

Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.
Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_21/Shaklee-tawar-peluang-pendapatan-lumayan#ixzz2z0dodJDD
© Utusan Melayu (M) Bhd 


So, apa tunggu lagi?
Jom daftar keahlian anda sekarang, untuk dapatkan penjimatan harga ahli, disamping dapat menjana pendapatan..
Nak buat fulltime boleh, nak jadikan sebagai part time business boleh, nak jd ahli utk makan sendiri pun boleh..xde hal..

SMS/Whatsapp "SHAKLEE MEMBERSHIP" dan hantar ke 019 2992844 sekarang!

Wednesday 16 April 2014

:: Masalah sembelit oleh ibu hamil / berpantang / menyusukan bayi ::

Salam semua..
Masalah yang seringkali menjadi rungutan ibu-ibu hamil / ibu yg berpantang atau ibu yang menyusukan adalah masalah sembelit. Golongan ini tidak boleh mengambil sebarang bentuk ubat bagi mengelakkan effect kepada bayi yang dikandung atau bayi yang disusukan.




Disebabkan x boleh nak ambil Herblax (kondisi ibu yg hamil/berpantang/bf baby) so apakata cuba ambil Ostematrix untuk bantu atasi masalah sembelit..InsyaAllah membantu, malah ianya turut akan membantu atasi masalah sakit2 badan, lenguh2 serta masalah tak cukup tidur!

Apa kata cuba dulu..kata orang..xkenal maka x cinta 




Hubungi saya untuk keterangan lanjut, beserta harga .

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : ain.rusli@gmail.com

* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Sunday 13 April 2014

:: PROMOSI APRIL 2014 : OSTEMATRIX ::

Salam semua..
Anda selalu tak diserang sakit-sakit badan, lenguh-lenguh, tak lelap tidur malam, gusi berdarah, sembelit..mesti tak selesa kan? selalu saya dengar rungutan daripada customer tentang masalah - masalah yang saya sebutkan ni, terutama bagi golongan ibu mengandung dan juga warga tua. Memamg diakui, wanita mengandung perlukan lebih banyak kalsium berbanding mereka yang tidak mengandung, kerana ibu-ibu mengandung akan mengalami kekurangan kalsium dalam badan akibat diserap oleh bayi didalam kandungan. Kalsium dari badan ibu diperlukan bagi pembentukan tulang dan gigi bayi yang anda kandung. Pada masa yang sama, badan anda juga perlukan kalsium untuk mengelakkan dari sakit badan, lenguh2 dan juga ketidakselesaan yang anda hadapi sewaktu mengandung!

Bagi warga tua, bahkan warga muda sekali pun, anda juga akan mengalami simptom-simptom diatas akibat daripada kekurangan kalsium, terutama bagi mereka yang kurang minum susu. Akibatnya, anda akan mengalami masalah tulang rapuh dan tidak sihat.

Sempena bulan promosi Ostematrix, apakata anda dapatkan, anda cuba dan rasai sendiri kebaikan yg akan anda akan alami selepas pengambilan ostematrix. Ianya pasti berbaloi, dan saya jamin, anda akan menyukainya.


Kebaikan Ostematrix

1. Menguatkan tulang
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas
3. Mengandungi vitamin D
4. Mengandungi Zinc, Boron, Manganes, Kuprum
5. Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik
6. Pengakalian tubuh
7. Memperbaiki masalah haid
8. Meringankan stress

Apa yang bestnya Ostematrix Shaklee ni?
  • Kandungan kalsiumnya paling premium dan kadar penyerapannya adalah 99% 
  • 100% semulajadi
  • Penuh dengan garam mineral semulajadi dari Laut Mati
  • Bukan sekadar mengandungi kalsium, malah Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium, fosforus, Vitamin D, Zink, Kuprum,
  • Manganes dan Boron.
  • Kesemua mineral ini membantu pembinaan jisim tulang
  • Terbukti secara ujian klinikal dan penyelidikan




Perbezaan Ostematrix  Shaklee berbanding Pil Kalsium lain :

  1. Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. 
  2. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Jadi bersempena promosi bulan April ini, dapatkan 7 botol Ostematrix dengan pembelian 6 botol, percuma 1 botol

Penghantaran bagi kawasan Shah Alam, Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama dan Kg Melayu Subang adalah percuma.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut, beserta harga .

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : myvitashoppe@gmail.com
* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Thursday 20 February 2014

:: Shaklee atasi masalah perut buncit / boroi ::

Anda ada masalah perut boroi atau masalah perut buncit?
Seringkali kita dengar masalah perut boroi yang dialami oleh ibu-ibu yang mempunyai anak, atau bapa-bapa yang meningkat umur..selalunya masalah perut boroi ini terjadi akibat daripada amalan makan sebelum tidur, dan juga kurang bersenam. So bila amalan ini tidak dibendung, makanya anda akan mula perasan seluar kerja anda dah tak muat, baju kerja pun dah ketat tang pinggang tu..kan? :)

Shaklee ada cara untuk bantu anda atasi masalah perut buncit atau perut boroi ni..supplement yang saya maksudkan ialah Herb lax. Ianya menjadi supplement kegemaran saya, kerana membantu saya melancarkan proses 'membuang' di pagi hari..best sangat, sebab perut terasa kosong! Anda nak cuba? jom tengok dulu apakah kandungan Herblax ini :

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.


Fungsi utama herblax :

♥ pembersihan najis yang tersekat
♥ merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
♥ membantu masalah sembelit
♥ tindakan pembersihan yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
♥ mengempiskan perut
♥ ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman herba.

Haaa...so macam mana?
Nak kempiskan perut
Tengah cari tips nak kurangkan perut boroi
Nak kurus cara selamat
Jom lah cuba Herblax ni ye...

Hubungi saya untuk konsultasi dan harga hebat ya!

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : myvitashoppe@gmail.com
* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Thursday 6 February 2014

:: Rahsia Shaklee Collagen Powder yang perlu anda tahu! ::

Semua orang pasti inginkan kulit yang cantik berseri dari dalam, tiada kedut, kusam dan jerawat/jeragat yang merimaskan. Selain itu, kulit pun lebih anjal, nampak muda, berseri2, malah yang paling best, ada extra buat wanita2 diluar sana, kolagen mampu untuk menganjalkan dan memantapkan payudara dan pinggul! Pastinya anda tertanya-tanya, apakah bahan istimewa di dalam Collagen Powder kan? Jom kita tengok satu-satu :



1) Fish Collagen
- molekul collagennya kecil dan senang diserap oleh badan
- senang larut didalam air
- berpotensi rendah untuk mengakibatkan alergi

2) Camellia japonica seed extract
- merangsang penghasilan collagen dan hyaluronic acid yang lebih banyak (kajian makmal menunjukkan extract biji Camellia japonica merangsang penghasilan fibroblas, sel yang menghasilkan collagen dan hyaluronic acid)

3) Pfafia extract
- menyeimbangkan hormon
- meningkatkan imuniti
- memberi tenaga

4) Shellfish extract
- membekalkan glucosamine untuk sintesis cecair synovial didalam sendi-sendi dan melegakan ketidakselesaan mata

5) Lactobacillus acidophilus
- bakteria baik (probiotik) yang sememangnya ada didalam usus manusia
- membantu meningkatkan penyerapan collagen di usus kecil

6) Vitamin C
- menggalakkan penghasilan collagen semulajadi
- melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit

7) Vitamin B
- metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk proses sintesis collagen oleh badan




Nak cuba? Dapatkan harga hebat buat semua customer My Vita Shop. 
Boleh sms/call/whatsapp untuk kita discuss..harga yang terbaik untuk anda :)


****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : myvitashoppe@gmail.com
* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday 5 February 2014

:: Resepi Meal Shakes untuk si manja anda ::

Salam semua..
Petang ni nak share dengan semua, resepi Meal Shakes Shaklee khas untuk anak-anak anda. Kadang-kadang anak-anak kita tak berselera nak makan nasi kan? So apa salahnya kita topup khasiat yang sepatutnya anak-anak ini dapat, dengan minuman lazat daripada Meal Shakes ni. Meh kita tgk resepinya :

Meal Shakes Oreo
Bahan-bahan
1. 1 sudu besar mealshakes
2. 200ml fresh milk
3. Oreo Crush - atau boleh beli oreo dalam peket, buangkan krim tengah dan blend kasar
4. Ais Krim vanilla

Cara-caranya :
- Masukkan mealshakes dan fresh milk kedalam shaker dan shake shake shake..
- masukkan pula ais krim vanilla dan oreo crush dan shake lagi sehingga sebati
- Meal Shakes oreo sedia untuk dinikmati! :)



Satu lagi resepi yang saya nak sharekan disini, ialah Meal Shakes Ribena..selalu orang xsuka sangat minum ESP plain kan, so apa kata lepas ni try masukkan meal shake kedala esp..mesti best! meh tgk resepi ni :)

Meal Shake + ESP + Ribena
Bahan - bahan
1. Setengah sudu besar Meal Shake
2. Setengah sudu besar ESP
3. Air ribena

Cara-caranya :
- Masukkan kesemua kedalam shaker dan shake shake shake...
- Sedia untuk dinikmati..
* An instant-super-healthy-super-fast-yummy-energy-booster to kick start your day..cubalah! :)

Nak tau apa kebaikan Meal Shakes ni? Boleh tengok sini..


  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein
  • Pilihan terbaik - rendah lemak dan rendah glisemik
  • Rasa french vanilla yang enak (rasa seperti ais krim vanilla) boleh diminum dengan dicampurkan dengan air kosong, susu, jus buah buahan, atau apa jua minuman kegemaran

****************************************************************************

Hubungi kami untuk keterangan lanjut :

Distributor Anda : Ain Rusli / Kamarudin (Din)
Distributor Number : 1081080
Telefon number (call/sms/whatsapp) : 019 2992844 / 013 2878782 
Email address : myvitashoppe@gmail.com
* Setiap pembelian product dari My Vita Shop berhak untuk mendapat konsultasi percuma daripada kami

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...